Rabu, 24 Oktober 2012

Untuk rakan-rakan sekalian, dikongsi dari Cikgu Hasanuddin Md Isa ... terima kasih cikgu!!!

Suzuna
Cikgu nak celoteh sikit.
Ada pun Saidina Ali pernah berkata, “ Anak itu ada 3 peringkat. Peringkat budak (0 – 6 tahun – tafsiran) adalah raja kepada ibu bapa. Peringkat kedua ialah orang tawanan kepada ibu bapa (7- 18 tahun) dan peringkat ketiga ialah sahabat kepada ibu bapa (19 ke atas).

Dalam per

ingkat budak, anak-anak akan bersifat raja. Dia akan memerintah ibu apa apa sahaya yang terniat di hatinya dan ibu bapa biasanya akan memenuhi segala permintaannya. Biasanya permintaan anak pada peringkat ini tidak kompleks dan berkisar kepada makanan dan permainan. Layanlah setiap permintaan mereka semoga berlaku pertumbuhan jiwa yang sihat kepada anak-anak itu.

Apabila anak itu melepasi usia 6 tahun, mereka itu seperti orang tawanan. Dalam mengendalikan anak pada usia ini, kendalikan mereka seolah-olahnya mereka seperti orang tawanan. Dalam tempoh ini, anak-anak akan meminta bukan setakat makanan dan permainan tetapi juga imej dan kebebasan.

Dalam mendidik anak-anak pada usia ini, berikan panduan dan sekatan. Berikan sekatan dan jelaskan kenapa perlu sekatan. Ada anak-anak yang masih bersifat raja walaupun sudah melepasi usia 6 tahun. Mereka ini hendaklah direndahkan egonya. Setiap permintaan yang melampau perlu disekat kemahuan itu. Beri penjelasan sekatan itu dibuat.

Dalam kehidupan seharian, asuh mereka dalam kehidupan beragama dan asuh mereka untuk menguruskan keperluan asas sendiri seperti membasuh baju, memasak makanan, mengemas rumah, melayani tamu, mengormati saudara mara, bertutur dan berbudi. Kelak apabila kemahiran itu sudah menjadi kebiasaan dalam kehidupan mereka, menjadilah mereka itu sahabat kepada ibu bapa mereka.

Wassalam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan