Jumaat, 6 April 2012

AKU DAN ANAK-ANAK MURIDKU

Terasa hati amat gumbira menerima kunjungan murid-muridku.  Sudah besar mereka dan sudah pun punya kerjaya dan berkeluarga.  Demikian ingatnya aku kepada mereka dan demikian di hati mereka akan ingat kepadaku.



ALI SHARI'ATI BIN HASANUDDIN

Seperti anak-anak lain, aku menyantuninya dengan kasih sayang.  Ali Shari'ati  yang kukenali punya semangat tinggi dalam acara  yang disertainya dan  punya kekentalan jiwa menghadapi cabaran.

MENGAJAR DI SMK ALOR AKAR 1986-87

Tidak menyangka dengan terlibat sebagai guru sementara di Sekolah Menengah Kebangsaan Alor akar , Kuantan sekitar 1986 - 1987, menjadi hati tertarik meneruskan tugas keguruan sehingga kini.

ANAK DAN ISTERI

Memanglah terasa bahagia duduk kesmpingan anak dan isteri.  Kehidupan berkeluarga menuntut  pengorbanan jiwa raga demi menjayakan impian kebahagiaan.

PEKAN - BANDAR DIRAJA PAHANG

Saban kali sampai ke bandar Pekan, bandar Diraja.  Hati selalu diharu kenangan lalu.  akan kapal yang belayar di muara dan sejarah Hang Tuah  membawa Tun Teja  ke Melaka.