Rabu, 31 Ogos 2011

KEK LUMUT DAN KEK LAPIS


Kek Lumut




Semuanya diadun dengan cukup rapi, diberi nama mengikut kesesuaian selera.

Rabu, 24 Ogos 2011

AIR YANG JERNIH


Air yang jernih terbit  terjun dari celahan rekanan batu mengalir terus ke dasar curam.  Tentu sekali kedinginannya memikat hati untuk mengerakkan tubuh merendam rasa penuh gembira.  Air jernih menyerikan hidup, menyegarkan rasa dan menumbuhkan cita.

Selasa, 16 Ogos 2011

BERSAMA-SAMA ISTERIKU



Tidak selalu dapat bersiar-siar menghirup udara segar bersama-sama isteri tercinta.  Namun dalam kesibukan dan kesuntukan masa, ruang dan peluang yang sedikit dimanfaatkan untuk berjalan-jalan mengedari  bibir Pantai Gelora Kuantan. Kehidupan adalah selisih daripada setiap perisitwa yang bercampur-campur duka sedih dan tawa gumbira.  Kita melalui semuanya kerana kita ingin terus hidup.

Isnin, 15 Ogos 2011

NOVEL MEREKA YANG TERTEWAS

Saya tidak menjangka novel ini diangkat sebagai teks sastera yang diperaku kekuatannya.  Cerita yang digarap agak biasa-biasa sahaja. Cuma oleh world view Islam yang ditampilkan, novel ini dianggap sangat bagus pada sekitar tahun-tahun 1990-an.




















Novel ini mula ditulis pada penghujung tahun 1986.  Pada tahun 1987, saya menghantar novel ini ke DBP untuk tujuan pertandingan ' Sayembara Penulisan Novel Berunsur Islam ' anjuran DBP dan Yayasan Pelajaran Islam.  Al-hamdulillah, novel ini berjaya dinobatkan sebagai  pemenang hadiah sagu hati. Pada tahun 1991 - 2001, novel ini dijadikan teks Kesusastraan Melayu Bagi Mata Pelajaran   Sastera  peringkat Sijil Pelajaran Malaysia.

Ahad, 14 Ogos 2011

JUADAH BAKAR



Bukan omongan kosong akan perihal keenakan juadah bakar-bakaran.  Ada yang ketagihan untuk menikmatinya saban minggu dan saban bulan.  Ada yang sudah mengatur jadual rutin sesama rakan untuk satu majis santai menikmati juadah bakar bakaran.

BERAT-BERAT MATA MEMANDANG



Dengan muatan sarat, lori bergerak lambat berhati-hati dan ingin selamat.  Apakah sangat penting memuat sarat muatan untuk kemudiannnya memperjudikan nyawa  pengguna jalanan lain?  Kadang-kadang kita tidak dapat  memahami keinginan untuk meraih laba sehingga sedemikian nekad  perlu mempertaruhkan nyawa.

Khamis, 11 Ogos 2011

SMA AL-FALAH BATU TALAM, RAUB



Melangkah kaki ke madrasah ini menjadikan diri jadi lebih perkasa untuk meneruskan perjuangan.  Apakah madrasah yang tidak dikenali ini akan terus dilupakan atau ada sinar yang bakal menyerlah dengan kehadiranku.  Di sana ada cita-cita dan di sana juga menuntut seperkasa usaha.

NOSTALGIA ASRAMA



Tika pagi, berebut anak-anak menyidai busana dan segalanya dengan harapan cukup besar akan nanti petang dapat menikmati keselesaan berpakaian.  Namun apakah tidak pernah terdetik di hati mereka akan hujan yang bakal runtuh di tengah hari?

Jumaat, 5 Ogos 2011

ASAP YANG MENGHEMBUS

Alam kasar cuma menyajikan gerak yang pantas dan keriuhan sorakan dan jerit pekik.  Namun jarang sekali terfikir akan peri kehidupan hidupan kenit yang bergerak lembab dan lamba.  Apakah dengan  tebaran segumpal asap akan menghambat  sederap langkah  lalu  menjadi sekilas pantas.  Hidupan kenit adalah makhluk yang dijadikan dengan kekurangan dan kelebihan yang tidak mampu  manusia menafsirkannya.

Rabu, 3 Ogos 2011

KERESAHAN MALAM

Malam cuma membekalkan gelita hitam pekat.  Yang zahir pada pandangan mata cuma sekitaran cahaya yang semakin malap ke bahagian tepi. Yang jelas kelihatan dapat diungkap rupanya dengan barisan kata-kata.  Kegelapan menutup segala cerita  duka  suka.

Selasa, 2 Ogos 2011

KEM KEPIMPINAN MAAHADSAS JENGKA 2011

Menghadirkan diri ke kursus kepimpinan pengawas memang menjadi rutine saban tahun.  Cuma kali ini lokasi Kela Advanture Camp, Raub menagih keperihatinan lebih dari biasa.  Kem yang terletak di kaki banjaran Titiwangsa ini sejuk dingin pada sebelah malam dan pada sebelah siang sentiasa redup dilindungi bayangan pepohonan.  Selamat maju jaya MaahadSas Jengka .

ISTERI TERCINTA


Nor Aliza Mohamad Hanib.   Dia menjadi suri hati, menanggung suka duka kehidupan bersama-sama sejak Nov. 1990. Perih kehidupan menjadikan dia gagah menguruskan anak-anak dan rumahtangga.

BERSAMA ACARA DENGAN MARSLI N.O,


Tidak terduga sama sekali dapat  bersama-sama satu acara dengan penyair Marsli N.O. di  Program Sastera Remaja yang dilangsungkan di Sekolah Menengah Kebangsaan Maran  Nov. 2010.  Apabila sudah berada dalam satu acara, banyak perkara yang dapat dibincangkan dan banyak idea yang dapat dilontarkan kepada khalayak pelajar yang menyertai program tersebut.

ANAKANDA BEREMPAT

Anak-anak adalah permata hati ibu bapa.  Ada permata yang menyinar membahagia rasa dan jiwa.  Ada permata yang kusam lalu melara  qalbu ayahanda bonda.   (Dalam gambar:  Sa'id Badi'urzaman, Ali Shari'ati, Fatima Zahraa, 'Aisyah Syahirah)

KUNJUNGAN ANAK -CUCU

Indahnya kehidupan seorang datok apabila anak-cucu datang berkunjung.  Seri kehidupan berkeluarga berkembang semerbak meliputi taman hati.   Ingatan dipahat jauh di sudut hati dan  dan doa dipanjat  ke hadrat Ilahi semoga keselamatan hidup itu berkekalan  afiat.

KELUARGA TERCINTA


Adanya cinta itu baru datangnya bahagia.  Dalam pertandingan tinju, dua pemain akan bertumbukan kerana setiap pihak adalah musuh kepada pihak yang lain.  Namun dalam hidup berkeluarga, pertelingkahan juga berlaku untuk satu proses penyesuaian.  Hal itu berlaku kerana cinta itu menuntut satu kebahagiaan yang berpanjangan.

SANTAI DI PAGI AIDILFITRI

Bukan selalu dapat bertemu sanak saudara.  Bukan selalu juga dapat merasai juadah pelbagai rasa.  Di pagi Aidilfitri yang cukup syahdu ini, semuanya dapat menjamu rasa dan menjamu cita.