Selasa, 19 Julai 2016

Tidak semua  orang melalui kehidupan dengan lancar tanpa kesusahan.  Amat sedikit.  Kalau ada pun bernasib begitu, tidak semua  resam kehidupan ini dapat dimilikinya.  Kehidupan memang mengundang asam garam kehidupan yang berbagai-bagai.  Ada kala kehidupan ini berada dalam kegembiraan.  Ada kalanya pula menempuh kesusahan.  Ada kalanya kehidupan dipenuhi  kebosanan.  Itulah satu kehidupan.  Manusia akan  menempuhi  setiap hari kehidupan itu dengan pelbagai pengalaman duka suka, pahit manis kerana memang itulah lumrah kehidupan.
Orang-orang yang dilihat berjaya di dalam kehidupannya jelas suka rianya.   Namun di sebalik suka ria itu tersimpan seribu satu macam pengalaman pahit dan getir untuk membina kejayaan hidup itu.
Dalam usaha mengejar satu kejayaan, ada yang mengorbankan banyak perkara.  Seorang lelaki yang ingin membina kerjaya yang baik akan mengurangkan waktunya untuk memikirkan urusan bercinta  atau mungkin