Ramadan ini sahabat, mari merubah diri menjadi lebih baik daripada waktu-waktu lalu. Dalam melakukan perubahan diri ke arah kebaikan ,tinggalkan segala bisikan-bisikan yang tidak memberi guna. Ambillah al-Quran dan sunnah Rasulullah s.a.w. Itulah pegangan terbaik untukmu sebagai seorang muslim. Tinggalkan pandangan-pandangan yang tidak selaras dengan pegangan hidup yang dipancarkan daripada al-Quran dan As-sunnah yang terpelihara. Allah memberi penegasan dalam al-Quran akan perihal musuh-musuh yang berbisik.
Belajarlah sahabat untuk menjadi seorang perubah yang hebat dalam diri
anda. Dalam mempelajari sesuatu, Jika anda berasa belajar mengubah
diri itu susah dan jika anda berasa kepala anda pening memikirkan
langkah selanjutnya untuk membaiki diri anda dan jika anda beasa
hampir putus-asa untuk melaksanakan perubahan diri itu ; maka janganlah
bimbang. Orang yang cemerlang juga berasakan perkara yang sama.
Berkeluh kesah,bimbang, ragu, hilang kekuatan diri, Susah membuat
penyesuaian degan sekitaran, pening dan rasa mahu putus-asa itu adalah
normal bagi makhluk Allah jenis manusia. Itu bukan bermaksud anda
tersangat lemah. Apa yang akan membezakan anda dengan orang lain yang
jauh cemerlang dalam mengubah diri kepada kebaikan ialah walaupun anda
berasa berkeluh kesah,bimbang, ragu, hilang kekuatan diri, susah
membuat penyesuaian dengan sekitaran, pening dan rasa mahu putus-asa;
anda teruskan juga berusaha untuk melaksanakan perubahan diri. Anda
sebenarnya hebat dan anda sebagai makhluk Allah memang dibekalkan
potensi yang sangat hebat.
Memanglah banyak cabaran-cabaran yang terpaksa dihadapi apabila ingin mengubah diri ke arah kebaikan. Seseorang yang tidak pernah menjejak masjid akan terasa asing apabila melakukan untuk kali pertamanya. Seseorang wanita yang ingin menutup aurat akan mendapati dirinya dijeling dan dicela. Seorang yang tidak biasa berpidato lalu berpidato di suatu pentas akan berasa setiap kata-kata yang dilontarkan terasa tidak dipedulikan oleh khalayak pendengar. Tidak kurang juga akan nada perasaan ragu-ragu untuk terus kekal pada status perubahan diri setelah beberapa hari melaksanakan perubahan diri. Terasa akan ada yang membangkit perihal sejarah silam yang aib demi menggagalkan usaha mengubah penampilan diri itu.
Teruslah gagah untuk menjadi perubah diri di jalan kebaikan ini. Hindari perasaan keragu-raguan dalam dirimu kerana perasaan itu adalah pintu-pintu yang mudah dipengaruhi bisikan-bisikan Syaitan.
Firman Allah:
" Dan janganlah kamu sekali-kali dipalingkan oleh syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu" - Surah Az-Zukhruf 43 : 62

Tiada ulasan:
Catat Ulasan