Tidak semua orang melalui kehidupan dengan lancar tanpa kesusahan. Amat sedikit. Kalau ada pun bernasib begitu, tidak semua resam kehidupan ini dapat dimilikinya. Kehidupan memang mengundang asam garam kehidupan yang berbagai-bagai. Ada kala kehidupan ini berada dalam kegembiraan. Ada kalanya pula menempuh kesusahan. Ada kalanya kehidupan dipenuhi kebosanan. Itulah satu kehidupan. Manusia akan menempuhi setiap hari kehidupan itu dengan pelbagai pengalaman duka suka, pahit manis kerana memang itulah lumrah kehidupan.
Orang-orang yang dilihat berjaya di dalam kehidupannya jelas suka rianya. Namun di sebalik suka ria itu tersimpan seribu satu macam pengalaman pahit dan getir untuk membina kejayaan hidup itu.
Dalam usaha mengejar satu kejayaan, ada yang mengorbankan banyak perkara. Seorang lelaki yang ingin membina kerjaya yang baik akan mengurangkan waktunya untuk memikirkan urusan bercinta atau mungkin
SEBUAH BLOG MEMAPARKAH KERENAH KEHIDUPAN DAN KESINISAN ALAM DENGAN SEGALA ISINYA.
Selasa, 19 Julai 2016
Khamis, 13 Ogos 2015
DIRI YANG TERBIAR
Jangan sekali-kali lupa di hujung kelelahanmu menempuh cabaran dunia ini, AMBILLAH SEDIKIT WAKTU UNTUK MEMBINA DIRIMU KEMBALI.Kau mesti berfikir begitu. Jangan kaurisau dengan penderitaan kerana ia bukan dosa. Jangan kausedih dengan kesusahan kerana ia bukan kesakitan. Risaulah dengan dosa. Bersedihlah dengan ibadahmu yang tidak sempurna.
Ujian yang
saudaraku pasti tempuh dalam proses pembaikan diri ini sebenarnya
telah mengangkat saudaraku ke satu tingkat yang lebih baik. Lihatlah
sekitar saudaraku. Jika saudaraku seorang wanita dan kini mula
mengenakan tudung labuh sebagai rutin harianmu, bukan sahaja saudaraku
akan mendapat ramai rakan yang sependirian sama, malah rakan-rakanmu
yang tidak mengenakan tudung labuh akan berasa senang berdampingan
denganmu. Jika saudaraku seorang lelaki dan mula melaungkan azan di
corong masjid, bukan sahaja kau berasa dirimu mampu melaksanakan
tugas suci itu, tetapi semua ahli kariah berasa lapang dada kerana
mereka sudah mendapat satu mutiara baru dalam penyebaran syiar agama
Allah ini. Dengan perubahan diri ini, saudaraku sebenarnya menjadi
lebih hebat dan berwibawa.
Dalam meniti sejarah kegemilangan Islam, nyatakan kegemilangan Islam itu berdiri di atas peranan umatnya yang patuh kepada perintah Allah dan Rasulullah s.a.w. Mereka mengerjakan perkara yang makruf dan meninggalkan perkara yang mungkar. Apabila Saidina Umar mengutuskan tentera Islam untuk menghadapi musuh-musuh Allah, beliau berpesan kepada Saad bin Abi Waqqas, "Wahai Saad! Aku berpesan kepada kamu agar bertaqwa kepada Allah. Sesungguhnya kamu diberi kemenangan oleh Allah kerana maksiat yang dilakukan oleh musuh. Sekiranya kamu melakukan maksiat seperti musuh, sedang bilangan kamu tidak sama seperti mereka, kamu akan dikalahkan oleh musuh. Ketika itu kekuatan zahiriah yang menentukan kemenangan. Hendaklah kamu yakin bahawa kemenangan ini terletak di atas pertolongan Allah"
Ingatlah, tidak ada kejayaan tanpa kesusahan. Tidak ada kemenangan tanpa perjuangan. Kesusahan itulah yang akan menjadi kenang-kenangan serta pedoman untuk mentadbir diri tatkala beroleh kesenangan nanti.

Isnin, 10 Ogos 2015
MASA UNTUK MENYELAMATKAN ROHINGYA
Rohingya (Rohinga/Rowengyah) bermaksud “yang dikasihi” atau “yang
penyayang”. Perkataan ini berkaitan rapat dengan keberanian yakni
keberanian perwira-perwira Islam (India-Muslim, Afghan dan Turki) yang
berkhidmat dengan raja-raja Arakan pada pertengahan abad ke-15 hingga
abad ke-18.Bahasa yang digunakan adalah campuran bahasa Arab, Benggala, Urdu dan Arakan. Namun hari ini bahasa Arakan Burma merupakan bahasa utama yang digunakan oleh masyarakat.
Asal usul masyarakat Rohingya merupakan kacukan daripada berbagai-bagai
bangsa seperti Arab, Parsi, kelompok India (seperti Afghanistan) dan
orang Benggala dan Chittagong.
Seawal abad ke-8 Masihi, Arakan telah didatangi oleh peniaga dan pedagang Arab yang menyebar agama Islam. Terdapat perkahwinan antara mereka yang menetap di Arakan dengan penduduk tempatan. Lama kelamaan ini menyebabkan kesukaran membezakan Rohingya “lama” dengan yang “baru”.
Pada tahun 1942, sukar dianggap sebagai orang Rohingya asal kerana mereka tidak mempunyai ciri-ciri budaya yang tepat. Kelompok masyarakat Rohingya diasimilasikan dari segi bahasa, pakaian dan juga adat resam. Mereka menggunakan bahasa Burman dan menggunakan nama Myanmar. Namun mereka tetap beragama Islam walaupun telah bercampur aduk dengan kepercayaan tempatan.
Masalah etnik di Myanmar dikatakan bermula pada tahun 1920-an dan 1930-an iaitu pada pada zaman kemelesetan ekonomi yang melanda Myanmar. Orang Rohingya menguasai bidang peruncitan dan perdagangan dan merupakan sumbangan terbesar dalam ekonomi Mymar.
Kebanjiran pelarian Rohingya ke Malaysia bermula apabila berlakunya pertumpahan darah pada tahun 2012 antara penduduk Muslim Rohingya dengan penduduk tempatan beragama Buddha di Wilayah Rakhine.
Sehingga tahun 2014, lebih 30,000 warga Rohingya yang didaftarkan di Malaysia yang mendapat status pelarian daripada Suruhanjaya Tinggi Pelarian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNHCR). Namun sebenarnya Malaysia kini menghadapi kebanjiran pelarian asing yang jumlahnya mencapai 150,000 orang, majoriti daripadanya adalah pelarian Rohingya dari Myanmar. Menurut sumber UNHCR lagi, ada juga lebih 20,000 pelarian Rohingya di Malaysia yang belum didaftarkan. Dengan status mereka ketiadaan warganegara, agak sukar untuk mereka memperoleh bantuan pendidikan dan kesihatan yang sempurna.
Kebanyakan pelarian Rohingya ini tidak dihantar ke negara ketiga kerana mereka ini beragama Islam. Namun kehadiran mereka di Malaysia terpaksa ditanggung oleh kerajaan Malaysia.

DEMIKIAN CINTA ITU MEKAR DI DALAM JIWA
Ibnu Qayyim rahimahullâh pernah berkata dalam kitab al-Jawâb al-Kâfî li Man Sa’ala ‘an ad-Dawâ’ asy-Syâfî :
“Kasih sayang adalah penyebab hati dan ruh menjadi hidup terpelihara. Hati tidak akan berasa tenteram, nikmat, beruntung, dan berasa hidup apabila tanpa cinta. Seandainya hati tanpa cinta, sakitnya lebih terasa daripada mata terasa sakit ketika tidak boleh lagi melihat cahaya, telinga ketika tidak boleh lagi mendengar, hidung ketika tidak boleh lagi mencium, lisan ketika tidak mampu lagi berbicara. Bahkan, hati pun pasti menjadi rusak apabila hampa daripada kasih sayang yang sudah merupakan fitrah dalam jiwa manusia. Cinta adalah sebuah karunia yang diberikan Sang Pencipta. Oleh karena itu, rusaknya lebih parah daripada kerusakan tubuh manusia yang diisi dengan ruh, dan ini tidak mungkin boleh dikatagorikan menjadi sesuatu yang pasti kecuali orang yang memiliki jiwa yang selalu hidup.”

BERADA DI JALAN KEMULIAAN
Bukan mudah untuk menjadi orang yang berilmu saudaraku. Lantaran
ilmu itu bersifat halus (SIRR) ,maka tidak ada sesiapa yang tahu
sebanyak mana ilmu yang ada dalam dirinya. Namun jangan kerana tidak
tahu sebanyak mana ilmu yang ada, maka usaha-usaha mencari ilmu
terhenti setakat itu sahaja.Rasulullah s.a.w bersabda , ”Jadikanlah dirimu orang alim (berilmu) atau orang yang menuntut ilmu atau orang yang selalu mendengar pengajaran atau orang yang mencintai (tiga golongan yang tersebut) dan janganlah engkau menjadi dari golongan yang kelima, yang dengan sebabnya engkau akan binasa.”( al-Bazzar)
Demikianlah saudaraku, letakkan dirimu sebaigai penuntut ilmu. Baik
ilmu yang dituntut itu di universiti , kolej ,sekolah dan pondok
pengajian ilmu atau di masjid dan surau atau melalui kiriman ilmu oleh
seorang rakanmu melalui media cetak atau elektronik. Selagi ilmu
yang kaudapati, kau masih menjadi penuntut ilmu .
Dalam menempatkan diri di kalangan orang yang menuntut ilmu, yakinlah bahawa Allah mengasihimu . Dengan mendapat kasih sayang Allah, kehidupanmu senantiasa dalam ketenangan dan urusan kehidupanmu akan dipermudahkan Allah penyelesaiannya.
Rasulullah s.a.w bersabda: "Sesungguhnya Malaikat-malaikat sentiasa menurunkan sayapnya (sebagai memuliakan dan menghormati) penuntut ilmu agama, kerana mereka suka dan bersetuju dengan apa yang penuntut itu lakukan."( Abu ad-Darda' r.a).
Malah kedudukanmu di sisi Allah pada ketika kau memasuki gerbang ilmu diangkat Allah setaraf orang-orang yang berjuang di jalan Allah. Demikian pemahamanku daripada sebuah hadis Rasulullah s.a.w.,” "Siapa yang keluar untuk menuntut ilmu maka ia berjuang fisabilillah hingga ia kembali".(HR At-Tarmizi dan Ad-Darimi)

DOSA ITU PENYIKSA KEHIDUPAN
Jumaat ini sahabat, marilah kita merenung jauh ke lubuk hati.
Sentuhlah akan fikiran itu selembutnya. Betapa masa-masa yang sudah
dilalui dibazirkan di medan kedosaan. Alangkah ruginya kehidupan dalam
ayunan kelalaian daripada mengingati Allah. Apakah kesudahan hidup akan
begitu sahaja atau bermula hari ini kita menghijrah diri ke jalan
kebaikan.
Setiap hari berbuat dosa, timbun menimbun tanpa taubat. Segala larangan Allah dilanggar dan segala perintah diengkari. Jadilah hidup sekadar hidup. Alangkah ruginya menempuh penghidupan sebegitu. Tidak sedihkan hidup diselubung kegelisahan, hasad dengki, marah yang tiada kesudahan. Walaupun rezeki diperoleh banyak tetapi hati tidak pernah berasa berkecukupan kerana rezeki yang diperoleh tidak diberkat. Ini merupakan satu penyiksaan hati dari Allah terhadap dosa-dosa yang dilakukan.
Berhentilah berbuat kedosaan. Berhentilah setakat itu. Kedosaan itu tidak menerbitkan kebahagian di hati dan kehidupan. Kembalilah kepada ajaran Islam yang suci, yang menyelamatkan kehidupan dalam kebahagiaan dan keampunan Allah.
Ibnul
Qayyim al-Jauziah telah menyatakan dalam kitabnya Al-Fawaid . Terdapat
banyak kesan buruk dosa terhadap sipelakunya. Antara yang disebutkan
ialah:
1. Terhalang daripada mendapat taufiq dan petunjuk Allah
2. Rosaknya pandangan dan aqal fikiran
3. Kebenaran akan terlindung daripadanya
4. Hati jadi merana dan rosak
5. Darjatnya menjadi rendah di kalangan manusia
6. Hidupnya akan sia-sia
7.Semua makhluk Allah akan membencinya
8. Jauh dari Allah
9. Doanya ditolak Allah
10. Hati akan menjadi keras
11. Umur dan rezekinya tidak berkat
12. Terhalang dari mendapat ilmu
13. kehidupannya dalam keadaan hina
14. Dibuang perasaan gerun musuh terhadapnya
15. Tiada ketenangan dalam hidup
16. Diuji oleh Allah dengan teman atau kawan yang jahat.
17. Kehidupannya dalam dukacita dan kebimbangan
18. Disempitkan rezeki
19. fikirannya tidak aman
Marilah kita merenung kehidupan ini dengan penuh insaf, sahabat.

ialah:1. Terhalang daripada mendapat taufiq dan petunjuk Allah

PERUBAH YANG HEBAT
Ramadan ini sahabat, mari merubah diri menjadi lebih baik daripada
waktu-waktu lalu. Dalam melakukan perubahan diri ke arah kebaikan
,tinggalkan segala bisikan-bisikan yang tidak memberi guna. Ambillah
al-Quran dan sunnah Rasulullah s.a.w. Itulah pegangan terbaik untukmu
sebagai seorang muslim. Tinggalkan pandangan-pandangan yang tidak
selaras dengan pegangan hidup yang dipancarkan daripada al-Quran dan
As-sunnah yang terpelihara. Allah memberi penegasan dalam al-Quran akan perihal musuh-musuh yang berbisik.
Belajarlah sahabat untuk menjadi seorang perubah yang hebat dalam diri
anda. Dalam mempelajari sesuatu, Jika anda berasa belajar mengubah
diri itu susah dan jika anda berasa kepala anda pening memikirkan
langkah selanjutnya untuk membaiki diri anda dan jika anda beasa
hampir putus-asa untuk melaksanakan perubahan diri itu ; maka janganlah
bimbang. Orang yang cemerlang juga berasakan perkara yang sama.
Berkeluh kesah,bimbang, ragu, hilang kekuatan diri, Susah membuat
penyesuaian degan sekitaran, pening dan rasa mahu putus-asa itu adalah
normal bagi makhluk Allah jenis manusia. Itu bukan bermaksud anda
tersangat lemah. Apa yang akan membezakan anda dengan orang lain yang
jauh cemerlang dalam mengubah diri kepada kebaikan ialah walaupun anda
berasa berkeluh kesah,bimbang, ragu, hilang kekuatan diri, susah
membuat penyesuaian dengan sekitaran, pening dan rasa mahu putus-asa;
anda teruskan juga berusaha untuk melaksanakan perubahan diri. Anda
sebenarnya hebat dan anda sebagai makhluk Allah memang dibekalkan
potensi yang sangat hebat.
Memanglah banyak cabaran-cabaran yang terpaksa dihadapi apabila ingin mengubah diri ke arah kebaikan. Seseorang yang tidak pernah menjejak masjid akan terasa asing apabila melakukan untuk kali pertamanya. Seseorang wanita yang ingin menutup aurat akan mendapati dirinya dijeling dan dicela. Seorang yang tidak biasa berpidato lalu berpidato di suatu pentas akan berasa setiap kata-kata yang dilontarkan terasa tidak dipedulikan oleh khalayak pendengar. Tidak kurang juga akan nada perasaan ragu-ragu untuk terus kekal pada status perubahan diri setelah beberapa hari melaksanakan perubahan diri. Terasa akan ada yang membangkit perihal sejarah silam yang aib demi menggagalkan usaha mengubah penampilan diri itu.
Teruslah gagah untuk menjadi perubah diri di jalan kebaikan ini. Hindari perasaan keragu-raguan dalam dirimu kerana perasaan itu adalah pintu-pintu yang mudah dipengaruhi bisikan-bisikan Syaitan.
Firman Allah:
" Dan janganlah kamu sekali-kali dipalingkan oleh syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu" - Surah Az-Zukhruf 43 : 62

Langgan:
Catatan (Atom)