Dalam kehidupanmu, pilihlah
sahabat yang taat kepada perintah Allah. Jelas dalam kehidupan
sehariannya melaksanakan seluruh syariat fardu atas dirinya dan
membanyakkan amalan-amalan sunat yang dianjurkan dalam agama yang mulia
ini. Pilihlah dengan teliti dan usah ragu-ragu. Dalam kehidupan ini ,
hindarkan dirimu daripada bersahabat dengan orang yang suka mencela
kebesaran Allah, menghina Rasulullah s.a.w., meremehkan perjuangan para
sahabat Rasulullah s.a.w., para tabi’en,
tabi-tabi’en dan ulama yang berjuang menegakkan kesucian Islam.
Kelak di dunia ini hidupmu terpandu ke jalan kebenaran dan di akhirat
nanti, Allah memilihmu menghuni Syurga-Nya.
Tabiat manusia amat mudah terpengaruh dengan kebiasaan, akhlak, dan
perilaku teman terdekatnya. Karena inilah Rasulullah Shallallahu
‘alaihi wa sallam bersabda:
“Seseorang itu menurut agama teman dekat
/ sahabatnya, maka hendaklah salah seorang dari kalian melihat dengan
siapa ia bersahabat .” (HR. Abu Dawud dan At-Tirmidzi. Dishahihkan
Asy-Syaikh Al-Albani dalam Ash-Shahihah no. 927)’
Imam
Al-Ghazali dalam karyanya ‘Bidayatul Hidayah ‘ memberi pandangan akan
sifat seorang sahabat yang membawa kepada kebaikan.
1. Jika kau berbuat baik kepadanya, maka ia juga akan melindungimu;
2. Jika engkau merapatkan ikatan persahabatan dengannya, maka ia akan membalas balik persahabatanmu itu;
3. Jika engkau memerlukan pertolongn daripadanya, maka ia akan berupaya membantu sesuai dengan kemampuannya;
4. Jika engkau menawarkan berbuat baik kepadanya, maka ia akan menyambut dengan baik;
5. Jika ia memproleh suatu kebaikan atau bantuan daripadamu, maka ia akan menghargai kebaikan itu;
6. Jika ia melihat sesuatu yang tidak baik daripada dirimu, maka akan berupaya dia menutupinya;
7. Jika engkau meminta sesuatu bantuan daripadanya, maka ia akan mengusahakannya dengan sungguh-sungguh;
8. Jika engkau berdiam diri (karena malu untuk meminta), maka ia akan menanyakan kesulitan yang kamu hadapi;
9. Jika bencana datang menimpa dirimu, maka ia akan berbuat sesuatu untuk meringankan kesusahanmu itu;
10. Jika engkau berkata benar kepadanya, niscaya ia akan membenarkanmu;
11. Jika engkau merencanakan sesuatu kebaikan, maka dengan senang hati ia akan membantu rencana itu;
12. Jika kamu berdua sedang berbeda pendapat atau berselisih paham,
niscaya ia akan lebih senang mengalah untuk menjaga kearaban bersahabat
SEBUAH BLOG MEMAPARKAH KERENAH KEHIDUPAN DAN KESINISAN ALAM DENGAN SEGALA ISINYA.
Isnin, 10 Ogos 2015
Selasa, 17 Mac 2015
BIODATA TUAN GURU DATO' DR. HARON DIN
Al Mursyidul Am PAS .
Tuan Guru Dato' Dr. Haron bin Din dilahirkan pada hari Ahad, 18 Ogos 1940 bersamaan 14 Rajab 1359 (Tarikh Hijrah ini mengikut kiraan Komputer) di Bohor Mali, Kangar, Perlis. Berkahwin dengan seorang Isteri dan dianugerahkan Allah dua orang anak lelaki dan tiga perempuan. Beliau dibesarkan dikalangan keluarga yang kuat mengamalkan ajaran agama Islam. Ibu bapa beliau adalah guru al-Quran yang mengajar bacaan al-Quran kepada masyarakat setempat. Beliau adalah anak yang ketiga daripada 10 orang adik beradik. Mempunyai seorang abang dan kakak dan seorang adik lelaki menakala enam adik perempuan. Dua orang saudara lelaki beliau juga tokoh agama terkenal iaitu abang beliau Ustaz Ishak bin Din dan adik beliau Ustaz Abu Hassan bin Din.
Ayahanda beliau dikenali sebagai sebagai Lebai Din, yang juga seorang perawat yang mengamalkan rawatan pengubatan Islam.
Lebai Din juga seorang guru silat yang mengamalkan Silat Gayung Petani, bagaimanapun ilmu silat ini tidak langsung diturunkan kepada anak-anaknya. Berkenaan ilmu pengubatan Islam, Lebai Din hanya menurunkan ilmunya kepada seorang anaknya sahaja iaitu kepada Ustaz Haron Din. Lebai Din hanya mengijazahkan ilmunya dan memberi buku catatan pengubatan kepada Ustaz Haron Din sahaja.
Ustaz Haron Din menerima pendidikan awal di tangan ayah dan ibunya sendiri. Kemudian dimasukkan ke Madrasah al-Islahiah al-Wataniah Bohor Mali. Seterusnya ke Madrasah al-‘Alawiyah al-Diniah dan al-Kuliah al-Islamiah, Kelang Selangor. Kemudian melanjutkan pelajaran di Kolej Islam Malaya (1962-1965). Di kolej ini beliau memperolehi Sijil Tertinggi Kolej dengan cermerlang kemudian telah memenangi hadiah Biasiswa Persekutuan untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat “Master Degree” di Universiti Al-Azhar, Cairo (1966-1968). Dalam masa tidak sampai dua tahun beliau telah berjaya memperolehi dua degree serentak iaitu M.A (Ijazah Sarjana) Syariah daripada Universiti Al-Azhar dan Diploma Pendidikan dari ‘Ain Shams, Universiti Cairo.
Setelah memperolehi Ijazah Sarjana Syariah, beliau kembali ke tanah air dan berkhidmat sebagai guru agama di Kementerian Pelajaran. Beberapa tahun kemudian beliau kembali semula ke Mesir untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang Doktor Falsafah. Beliau memperolehi Ph.D Syariah dengan cermerlang daripada Universiti Darul-Ulum Qahirah (1972-1974).
Pulang ke tanah air dan berkhidmat sebagai pensyarah di Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Akademik adalah bidang kerjayanya. Kekeluargaan Islam adalah jurusannya. Sebagai satu pengiktirafan terhadap kecemerlangan akademiknya, UKM menganugerahkan pangkat “Profesor” kepadanya sejak tahun 1986.
RINGKASAN BIODATA TUAN GURU DATO' DR. HARON DIN
Pendidikan
• Madrasah al-Islahiah al-Wataniah, Bohor Mali
• Madrasah al-‘Alawiyah al-Diniah dan al-Kuliah al-Islamiah, Kelang Selangor
• Sijil Tertinggi Kolej - Kolej Islam Malaya (1962-1965)
• Ijazah Sarjana (M.A.) Syariah - University Al-Azhar (1966-1968)
• Diploma Pendidikan - ‘Ain Shams, Universiti Cairo (1966-1968)
• Ph.D Syariah - Universiti Darul - Ulum Qahirah (1972-1974)
Kerjaya
• Pensyarah di Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (1975 – 1976)
• Timbalan Dekan, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (1977-1985)
• Profesor di UKM sejak tahun 1986 hingga bersara
• Ahli Majlis Penasihat Syariah, CIMB
• Ahli Majlis Penasihat, Bank Negara Malaysia
• Majlis Penasihat Syariah, Suruhanjaya Sekuriti
• Ahli Majlis Fatwa Negeri Selangor
• Timbalan Pengerusi Majlis Penasihat Syariah, Bank Pembangunan
• Pengerusi Majlis Penasihat Syariah, RHB Bank
• Timbalan Pengerusi Majlis Penasihat Syariah, Public Bank Bhd
• Ahli Majlis Fatwa Negeri Perlis
• Ahli Majlis Penasihat Syariah, Muamalah Financial Consulting
Politik
• Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat (1975-1983)
• Ketua Penerangan PAS Pusat
• Ahli Majlis Syura Ulamak PAS selaku Timbalan Mursyidul Am
• Baru dilantik sbg Mursyidul Am PAS
Pilihan raya
Dalam pilihan raya umum Malaysia 2004 , Ustaz Haron Din yang mewakili Parti Islam SeMalaysia mendapat undi 14,124 di kawasan Parlimen Arau. Pencabarnya , Datuk Seri Diraja Syed Razlan Syed Putra Jamalullail yang mewakili Barisan Nasional mendapat undi: 17,367 . Syed Razlan telah diisytiharkan menang pilihan raya tahun 2004 . Majoriti-diperolehi : 3,243 , Jumlah Undi : 32,024, Undi Rosak : 533 , % Mengundi : 84.23%
RUMAH PENA
Bertiuplah angin puitis.
Lenggok buluh bergesel pucuk melambai
harapan dan gumbira itu disusun
pada sejambak rindunya suara hati
sekelompok penyair
yang mampu membakar sebuah kota.
Rumah PENA anggun di situ cuma
lambang berteduhnya sejumlah fikir
menebar akal dan rasa
membelai satu tamadun yang ranum.
lambang berteduhnya sejumlah fikir
menebar akal dan rasa
membelai satu tamadun yang ranum.
Rabu, 13 Ogos 2014
APABILA ALLAH MENGABULKAN DOAMU
Bukalah
pintu hatimu seluas-luasnya untuk menghargai nikmat yang Allah curahkan
kepadamu. Bukalah pintu hatimu setiap
kali Allah mengabulkan setiap doamu.
Hitunglah setiap nikmat yang diberikan-Nya dan hitung setiap celaka yang
tertimpa kepadamu. Dengan penuh insaf,
akurlah bahawa alangkah istimewanya dirimu dihidupkan setiap masa di bawah
curahan kasih sayang Allah.
Apabila
Allah S.W.T cepat memakbulkan doamu, maka DIA menyayangimu.
Apabila
Allah S.W.T lambat mengabulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu.
Apabila
Allah S.W.T tidak memakbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yang lebih baik
untukmu
Dalan
setiap usahamu, berdoalah kepada Allah agar mudah-mudahan usaha itu diakhiri
dengan kejayaan. Berdoa dan teruslah
berdoa dengan penuh harap. Demikian
Allah selalu menggalakkan hamba-Nya untuk terus berdoa dan berdoa.
Firman
Allah:
“Apabila hamba-hamba-Ku bertanya
kepadamu tentang Aku, maka (jawablah) sesungguhnya Aku dekat. Aku mengabulkan
permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah
mereka itu memenuhi segala perintah-Ku dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku
agar mereka selalu berada dalam kelurusan.” (Al-Baqarah: 186)Berdoa dan terus berdoa ketika ka uterus-terusan mencurahkan keringat untuk memperoleh kejayaan.
“Berdoalah kalian kepada-Ku nescaya Aku akan mengabulkan permohonan kalian.” (Ghafir: 60)
Dalam usaha berdoa itu, teguhkan kenyakinanmu bahawa Allah pasti mengabulkan doa itu. Ibnu Athiah berkata, “Janganlah kerana terlambatnya pemberian Allah itu walaupun engkau telah berdoa bersungguh-sungguh menyebabkan engkau berputus asa. Ketahuilah, bahawa Allah telah menjamin untuk memperkenankan segala permintaanmu berdasarkan yang telah dipilihkan-Nya untuk engkau, bukan atas apa yang engkau pilih untuk dirimu, dan pada waktu yang sudah dikehendaki-Nya untuk engkau, bukan pada waktu yang engkau kehendaki.”
Periksalah dirimu ketika doamu sukar untuk dikabulkan Allah. Carilah kelemahan dirimu sehingga doa itu lambat dikabulkan.
Al-Imam
Ibnu Qayyim Al-Jauziyyahmenjelaskan soal lambatnya doa dikabulkan Allah. “Demikian pula doa. Doa merupakan sebab
terkuat untuk menolak keburukan dan (sebab untuk) mendapatkan apa yang
diinginkan. Akan tetapi terkadang pengaruhnya luput untuk diperoleh. Ini karena
lemahnya doa tersebut di mana keberadaan doa itu tidak dicintai oleh Allah disebabkan di dalamnya mengandung permusuhan. Ini
juga teradi karena lemahnya hati orang yang berdoa dan ia tidak menghadapkan
diri sepenuhnya kepada Allah , juga tidak
memperhatikan waktu berdoa (yang mustajab). Jadilah doa tersebut seperti busur
yang sangat lemah, karena anak panah yang keluar darinya meleset dengan lemah. Selain
itu, doa tersebut tidak dikabulkan
karena ada perkara-perkara yang menghalanginya seperti memakan daripada harta yang haram, adanya kezaliman, hati yang penuh titik hitam karena
dosa, kelalaian dan syahwat yang mendominasi.” (Ad-Da`u wad Dawa`, hal. 9)
Kukuhkan ikatan hatimu kepada
Allah. Dikala kau berasa jauh dengan
Allah, ingatilah Allah dengan
bersungguh-sungguh hati.
“Ingatlah
kalian (berdzikirlah) kepada-Ku maka Aku pun akan mengingat kalian.”
(Al-Baqarah: 152)
Pada suatu hari seorang lelaki datang bertemu dengan
sahabat Nabi s.a.w yang bernama Ibnu Mas'ud r.a untuk meminta nasihat.
Katanya, "Wahai Ibnu Mas'ud, berilah nasihat
yang dapat kujadikan ubat bagi jiwaku yang sedang gelisah. Dalam beberapa hari
ini, akau berasa tidak tenteram, jiwaku gelisah dan fikiranku kusut; aku tidak
berselera makan dan tidak nyenyak tidur."
Maka Ibnu Mas'ud menasihatinya, " Kalau
penyakit itu yang menimpamu, maka bawalah hatimu ke tiga tempat; ke tempat
orang yang membaca Al-Quran, engkau baca Al-Quran atau engkau dengar baik-baik
orang yang membacanya. Engkau juga boleh pergi ke majlis-majlis ilmu yang
mengingatkan hati kepada Allah, atau engkau cari masa serta tempat yang sunyi
dan engkau berkhalwat menyembah Allah. Contohnya seperti di tengah malam, pada
saat orang sedang lain nyenyak tidur lalu engkau bangun mengerjakan solat malam, memohon
kepada Allah ketenangan jiwa, ketenteraman fikiran dan kemurniaan hati.
Seandainya jiwamu tidak terubat denga cara ini, engkau minta kepada Allah agar
diberi-Nya hati yang lain, sebab hati yang kamu pakai itu, bukan lagi
hatimu."
Setelah pulangke rumah, sahabat itu mengamalkan
nasihat yang diberikan. Dia mengambil wuduk dan membaca al-Quran dengan
khusyuk. Selepas itu, dia merasai jiwanya aman dan tenteram, fikirannya tenang
dan kegelisahannya hilang.
Saudaraku,
Penuhilah piala hatimu dengan kesyukuran setiap kali
doamu dikabulkan Allah.
“ Wahai jiwa yang tenang .
Kembalilah kepada Tuhanmu dengan rasa puas, dengan segala nikmat yang
diberikan, lagi diredhai-Nya. Masuklah ke dalam jemaah hamba-hamba-Ku. Masuklah
ke syurga-Ku.” (Al-Fajr: 30)
Khamis, 7 Ogos 2014
Waris
Aku berasa dihargai seperti seorang Pendita. Seorang Pendita besar yang mulus kata-katanya. Tapi kemudian, rasa kekaguman akan diri sendiri itu bertukar kepada cemas. Kenapa aku bukan yang lain untuk dirujuk.
Isnin, 2 Disember 2013
MUHASABAH DIRI
Usahlah lupa diri wahai diriku yang kerdil. Usah angkuh dan sombong wahai diriku yang lemah. Usah binasakan dirimu wahai diriku untuk kehidupan akhirat dengan berharap kepada makhluk selemahmu. Jasadmu adalah sangkar ruh. Jagalah kesihatannya dan jagalah hak-haknya. Jiwamu akan diangkat menghadap Ilahi apabila tiba waktunya. Bersedialah untuk urusan itu.
Ingat selalu akan Luqman Al- Hakim pernah berpesan kepada anaknya :
Sepanjang hidupku, aku hanya memilih lapan kalimah daripada pusaka para nabi untuk dijadikan pegangan hidup, iaitu :
Apabila engkau solat, jagalah baik-baik fikiranmu
Apabila engkau bertandang ke rumah orang lain, jagalah baik-baik pandangan matamu
Apabila engkau di majlis, jagalah lidahmu
Ingatlah kepada Allah SWT sepanjang masa
Ingatlah akan mati, iaitu bersedia hadapi maut
Lupakan budi baikmu terhadap orang lain
Lupakan semua kesalahan orang lain terhadapmu

Isnin, 22 Julai 2013
PULANG KE PANGKUANMU
Cuba
kubayangkan keadaan ibu setibaku ke rumah nanti. Tentu ibu sedang
menunggu sambil mengayam ketupat daun palas atau sedang membakar lemang
atau sedang merendang daging di dapur dan kulihat wajahnya gembira
menyambut kepulangan anak cucunya.
“ Balik kampung,” bisik hatiku girang. Hari raya ini ingin kupersembah kepada ibu sebuah kasih yang tiada sempadan. Lalu kutelefon ibu. Ibu menjawab spontan.
Ketibaanku bersama-sama isteri dan anak-anak sesarat kereta tepat waktunya dan tidak lupa ole-ole biskut dan kuih Raya kurangkum bersama-sama.
Ketika keretaku berhenti di halaman rumah, Kulihat ibu menekuni pembacaan al-Quran di beranda dan ketika anak-anakku keluar dari kereta, dia menjengah muka. Ingin pastikan anak siapa yang datang bertandang. Sekuntum senyum terlukis lalu dia bingkas bangun, menyimpan nashkah al-Quran di atas almari dan berjalan laju menuju ke keretaku.
Ibu memelukku sesantunnya dan aku terasa kehangatan air mata ibu. Ternyata dia amat rindu kepada sekujur tubuhku lalu Ibu bertanya” Along dan Atam tidak pulang tahun ini? “
Naluriku tersentuh. Itulah ingatan ibu saban tahun kepada mereka dan adakah pertanyaan itu akan terlontar menuju kepadaku jika Along dan Atam pulang dahulu. Cemburu membenih di hatiku membuahkan keinsafan. Aku bukan anak yang berjaya seperti along dan atam. Aku cuma peniaga kecil bekerja sendiri.
‘Mereka akan menyusul nanti,” kataku terkilan bernada sebak dan sebenarnya aku tiada pilihan lain selain untuk menghiburkan hati ibu. Sengaja kukata begitu walaupun Along dan Atam tidak menyambut panggilan telefonku sejak minggu lalu.
Ibu angguk kepala.
" Ibu seronok jika mereka pulang beraya bersama-sama. Ibu bukan nak duit puit mereka. Ibu hendakkan keikhlasan daripada belahan hati yang luhur... .Seronok menengok anak-anak mereka yang kian membesar melompat berlari, seronok mendengar kepetahan anak mereka bercerita dan masakan Maria isteri Along sangat menguja selera ibu.”
Aku tunduk lesu. Ada air jernih mengalir dari kolam mataku. Apakah isteriku Melisa tidak seenak masakannya pada lidah selera ibu?
Namun aku akur. Ibu memang begitu. Bahasanya tidak pernah berlapik selembut salju terhadap anak-anaknya. Dia menutur kata dari keikhlasan hatinya.
“ Eh naiklah ke rumah. Apa pasal tercegat dekat kereta ni,” pelawa ibu sambil menarik tangan Sarina, anak keduaku.
Terima kasih ibu kerana masih menghargai anak-anakku

Langgan:
Catatan (Atom)