SEBUAH BLOG MEMAPARKAH KERENAH KEHIDUPAN DAN KESINISAN ALAM DENGAN SEGALA ISINYA.
Sabtu, 31 Mac 2018
SUSUNLAH KATA-KATAMU SEINDAHNYA
Aku berbangga denganmu ketika kau menyusun kata-katamu seindahnya. Terasa ketika itu, kau telah menepati hendak Rasulullah s.a.w. dalam urusan pergaulanmu. “Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhir, maka hendaklah berkata yang baik atau diam.” [HR.Bukhari dan Muslim].
Kata-kata yang indah melambangkan jiwa yang bersih dan ceria. Lontarkanlah kata-kata itu selalu kerana ketika kau menggunakan keindahan bahasamu, kau dinilai sebagai orang yang yang baik, sopan, beradab, memancarkan peribadi mulia dan menunjukkan penghormatan kepada pihak yang menjadi teman bicaramu. Kau juga tidak menimbulkan kegusaran, kemarahan dan rasa tersinggung daripada rakan bicaramu.
Tidak ramai orang yang mampu menyusun kata-kata sebelum turun dari rumahnya.. Selalunya kata-kata itu dituturkan secara spontan sahaja kecuali bagi mereka yang hendak pergi bertemuduga atau berbincang dengan ketua pejabat, berkomunikasi dengan pemimpin atau Sultan. Maka menuturkan kata-kata dalam majlis sebegini adalah sesuatu yang diada-adakan untuk mengangkat diri sendiri atau untuk membangga-bangga kepandaian sendiri sedangkan untuk menzahirkan kata-kata yang baik itu memerlukan peribadi yang dan luhur.
Ahli bidalan mengukir kata berhubung pertuturan yang indah dan baik ini:
“ Apa tanda orang yang mulia, apabila bercakap bermanis muka”.
“ Tanda orang berhati bersih, apabila bercakap mukanya jernih”.
“ Tanda orang berbudi bahasa, apabila bercakap tahukan rasa”.
“ Tanda orang berdada lapang, tahu menjaga perasaan orang”.
“ Tanda orang berbudi pekerti, perasaan orang dia fahami
Jumaat, 30 Mac 2018
DOA-DOA BUAT SAHABAT
Berdoa untuk sahabatku. Berdoa kerana cinta dan kasih untuk melihat mereka berada di jalan Allah, membuat kebajikan dan taat kepada setiap titah perintah Allah. Demikian anjuran Rasulullah s.a.w., "Apabila seseorang berdoa untuk sahabat di luar pengetahuannya, maka malaikat berkata;demikian juga semoga Tuhan perkenankan untuk dirimu."
Allah menjawab doa tersebut:"Begitu juga lebih dahulu Aku perkenankan untuknya sebelum Kuperkenankan untuk kawannya."
Kehidupan diselimuti dosa ini menjadi hidup lalai. Dosa dibuat sekian saat sehingga tidak terbilang banyakknya. Terima kasih atas sekelian doa sahabat-sahabat merayu ampunan daripada Allah. Sebelum diampun dosa sahabat yang dipohon oleh seseorang, terlebih dahulu Allah s.w.t. ampunkan dosa orang meminta keampunan. Ada kalanya Allah s.w.t. mustajabkan doa untuk sahabat kita, lantaran berkat tolong-menolong saling berdoa untuk sahabatnya.
Sahabat-sahabat yang ikhlas terus menerus meminta keampunan dosa-dosa sahabatnya. Berkata Abu Dardak r.a.: "Bahawa aku berdoa dalam sujudku (solat sunat) untuk 70 sahabatku, dengan menyebut setiap nama sahabat karibku."
Berkata seorang solih bernama Muhammad bin Yusof Asfahani: "Di manakah kamu dapat bandingan kalau tidak dengan sahabat yang solih, kerana apabila kamu mati anak buahmu gembira lantaran akan mendapat pusaka dari harta tinggalanmu.
Tetapi sahabatmu yang salih apabila kamu mati, beliau akan keseorangan merindui padamu, runsing tentang dosa yang kamu lakukan dan akibatnya yang akan kamu terima di akhirat kelak."
Apabila seseorang mati lalu kebanyakan manusia bertanya: telah matikah si polan dan apakah pusaka yang ditinggalkan?
Tetapi para malaikat pula bertanya: apakah pahala atau dosa yang telah dikirim ke akhirat oleh si mati.
Begitulah bezanya antara ulasan manusia terhadap kematian seseorang, berbanding ulasan para malaikat tentang kematian seorang hamba.
Rabu, 28 Mac 2018
DUHAI DUNIA YANG MENGASYIKKAN
Sabda
Rasulullah s.a.w. ,” Demi
Allah, dunia ini dibandingkan akhirat
ibarat seorang yang mencelupkan jarinya ke laut; air yang tersisa di jarinya
ketika diangkat, itulah nilai dunia.” (HR Muslim)
Duhai diri. Mengertilah selalu bahawa apa yang kaukejar selama ini adalah nilai dunia yang sangat kecil dan rendah. Apakah hidup pada hari mendatang adalah satu perjuangan yang hanya hendak mengejar sesuatu yang rendah itu?
Duhai diri. Mengertilah selalu bahawa apa yang kaukejar selama ini adalah nilai dunia yang sangat kecil dan rendah. Apakah hidup pada hari mendatang adalah satu perjuangan yang hanya hendak mengejar sesuatu yang rendah itu?
Sang guru selalu merujuk akan kata Imam al-Ghazali di dalam kitab Ihya Ulumuddin. Akan manusia biasa itu senantiasa mengejar pemuasan untuk memperoleh enam perkara dalam kehidupan di dunia iaitu makanan , minuman, syahwat, pakaian, wangi-wangian dan kenderaan.
Ya, hanya untuk
enam perkara ini manusia berlumba-lumba
mencarinya sedari pagi hingga ke malam.
Ya, hanya untuk enam perkara ini manusia sanggup menghabiskan seharian
usaha untuk memperolehnya. Ya, hanya untuk enam perkara ini manusia sanggup
bermusuhan hatta berbunuhan demi memperolehnya.
Ya, hanya untuk enam perkara ini, manusia sering alpa untuk tunduk
kepada Pencipta.
Bernilai
amatkan enam perkara ini sehingga sedemikian tekad manusia untuk
memperolehnya? Hakikat daripada setiap sesuatu itu bila direnung
ke dalam makrifat mampu menghurai
persoalan yang serumit itu.
Lahaulawala quwatailla billahil ‘aliyyil ‘azim.
Lahaulawala quwatailla billahil ‘aliyyil ‘azim
Lahaulawala quwatailla billahil ‘aliyyil ‘azim
Bukankah
makanan yang paling bagus adalah madu lebah, Berebut-rebut manusia menternak
lebah. Berebut-rebut manusia menjual
madunya. Berebut-rebut manusia membeli
dan menikmatinya. Namun hakikatnya madu
itu terjadi daripada air liur lebah. Manusia mengidamnya sedangkan yang
diidamkannya itu seumpama air yang tersisa di jarinya ketika diangkat daripada satu celupan dan itulah nilai dunia.
Ya Robbi Ya Karim. Ampunilah diri ini kerana mencari sesuatu yang bernilai rendah di sisi-Mu.
Yang dikejar manusia adalah minuman yang terbaik. Sedangkan minuman terbaik itu adalah air kosong yang sebenarnya tiada sedikitpun keistimewaan padanya. Semua orang boleh meminumnya tidak kira orang islam mahupun orang kafir.
Manusia jadi gila dan lupa diri dalam melayani syahwatnya. Manusia sanggup menjadi penakluk demi memenuhi syahwat. Manusia sanggup melanggar batasan adat dan hukum demi syahwat. Manusia sanggup mengumpul dosa zina sebesar gunungan demi syahwat. Adakah sudah gila manusia yang mengejar syahwat, yang dalam kepalanya tiada lain melainkan syahwat dan yang dalam lakunya menjurus kepada syahwat sedangkan kenikmatan itu datangnya dari tempat keluarnya kotoran dan najis.
Ya Robbi Ya Karim. Ampunilah diri ini kerana mencari sesuatu yang bernilai rendah di sisi-Mu.
Yang dikejar manusia adalah minuman yang terbaik. Sedangkan minuman terbaik itu adalah air kosong yang sebenarnya tiada sedikitpun keistimewaan padanya. Semua orang boleh meminumnya tidak kira orang islam mahupun orang kafir.
Manusia jadi gila dan lupa diri dalam melayani syahwatnya. Manusia sanggup menjadi penakluk demi memenuhi syahwat. Manusia sanggup melanggar batasan adat dan hukum demi syahwat. Manusia sanggup mengumpul dosa zina sebesar gunungan demi syahwat. Adakah sudah gila manusia yang mengejar syahwat, yang dalam kepalanya tiada lain melainkan syahwat dan yang dalam lakunya menjurus kepada syahwat sedangkan kenikmatan itu datangnya dari tempat keluarnya kotoran dan najis.
Manusia menjadi lalai dan alpa, menghabiskan seluruh masa memilih pakaian yang indah-indah. Dari satu gedung ke satu gedung manusia berkelana mencari citra rasa. Takut dia dikata tiada sihat akal memakai jenama kain yang tidak mengikut arus zaman. Sedangkan kain yang membuat pakaian yang paling bagus pula ialah kain yang dibuat daripada sutera, sedangkan asalnya benang sutera itu adalah daripada air liur sejenis ulat.
Duhai dunia yang menggoda. Jauhilah dariku dan hantarlah aku kepada Rabb yang kucintai.
Wangian yang paling harum di dunia pula adalah kasturi, sedangkan kasturi itu datangnya daripada peluh dan darah (najis) binatang iaitu kijang. Manakala kenderaan yang manusia sering digunakan itulah adalah mesin banyak meragut nyawa.
Duhai dunia yang mengasyikkan. Tambatkanlah sorakan dan ajakanmu cuma setakat di hujung mataku, di penjuru telingaku, di tepi jasad kasar yang pasti akan hancur binasa ini. Berilah piala hati ini memenuhi firman Allah:
Wangian yang paling harum di dunia pula adalah kasturi, sedangkan kasturi itu datangnya daripada peluh dan darah (najis) binatang iaitu kijang. Manakala kenderaan yang manusia sering digunakan itulah adalah mesin banyak meragut nyawa.
Duhai dunia yang mengasyikkan. Tambatkanlah sorakan dan ajakanmu cuma setakat di hujung mataku, di penjuru telingaku, di tepi jasad kasar yang pasti akan hancur binasa ini. Berilah piala hati ini memenuhi firman Allah:
" Dan tiadalah kehidupan dunia ini,
selain dari main-main dan senda gurau belaka.
Dan sungguh kampung akhirat itu lebih baik
bagi orang-orang yang bertakwa.
Maka tidakkah kamu memahaminya?"
(Surah Al-An'Am ayat 32)
Astaghfirullahal ‘azim wa ‘atubu ilahi
Astaghfirullahal ‘azim wa ‘atubu ilahi
Astaghfirullahal ‘azim wa ‘atubu ilahi
MENCARI KEREDHAAN-NYA
Sahabat,
Aku berbicara ini bukan kerana aku
yang terbijak. Bukan. Ini Cuma bicara untuk sama-sama kita merenung segala
kelemahan diri dan kembali mensyukuri segala pemberian-Nya.
Sesungguhnya dalam hatimU, Sahabat terdapat sebuah robekan yang tidak mungkin
dapat dijahit kecuali dengan membawa hati itu kepada Allah s.w.t. Di dalamnya juga ada
sebuah keterasingan yang tak mampu diubati kecuali dengan menyendiri bersama
Allah. Di situ juga ada seraut kesedihan yang tidak akan mampu diseka kecuali
dengan kebahagiaan yang tumbuh kerana mengenal Allah
dan ketelusan berinteraksi dengan-Nya.
Di dalam hatimu juga terdapat sebuah kegelisahan yang tidak mampu ditenangkan kecuali dengan berhimpun kerana Allah dan pergi meninggalkan kegelisahan itu menuju Allah. Di dalam hatimu, juga terdapat gejolak api yang tidak mampu dipadamkan kecuali oleh keredhaan akan perintah, larangan, dan keputusan Allah, yang diiringi dengan ketabahan dan kesabaran sampai tiba saat perjumpaan dengan-Nya.
Ketika
orang lain bergantung pengharapan pada
dunia, gantunglah
pengharapan dirimu, sahabatku hanya kepada Allah.
Di situ engkau berdiri dan di situ engkau menadah tangan. Hatimu
cuma tumpah menyayangi Penciptamu. Ketika orang lain berasa gumbira
dengan dunia, jadikanlah dirimu gumbira
kerana Allah. Ketika orang lain berasa bahagia dengan
kekasih–kekasih mereka, jadilah dirimu merasa bahagia dalam belaian kasih Allah. Dan ketika orang lain pergi mengadap
raja–raja dan para pembesar mereka untuk mengais harta dan mencintai mereka,
jadikanlah dirimu betul–betul mencintai Allah, menerima takdir-Nya dengan
redha.
Dalam
kehidupan yang payah ini, renangi laut cabaran dengan ketabahan hatimu. Hidup tidak senantiasa disapa ria. Sesekali duka menimpa. Kau dan aku adalah hamba yang melata yang
dilepaskan ke dunia untuk meminta kasih belas Allah. Seperti seorang fakir meminta
dikasihani; jangan pernah berputus asa
untuk teguh menunggu gerbang, meskipun engkau terusir. Jangan pernah berhenti
untuk memohon ampunan meskipun engkau tertolak. Begitu gerbang telah terbuka,
segeralah masuk selayaknya seorang tamu yang tak diundang. Kemudian, tadahlah
tanganmu di gerbang dan segeralah berkata, ‘Tolonglah, saya adalah orang
miskin. bersedekahlah untuk saya….!
Di sana sahabat ada pengajian di
masjid . Pergilah bersimpuh bersama-sama
para jemaah. Teruslah bersama
orang–orang yang rajin membaca dan merenungi Al–Quran. Sungguh, kata–kata pengajaran
daripada pengajian itu apabila tiba di dalam hati berubah menjadi nyawa, sehingga
hati pun menjadi hidup, wajah menjadi
ceria dan pergerakanmu cekas pantas menguruskan kehidupan.
Demi Allah, sahabat. Katakan dengan jujur, bilakah kali terakhir kamu
berasa khusyu’ dalam solatmu mengadap Allah? Bilakah terakhir kali kamu bersujud memohon
kepada Allah agar kemanisan rasa khusyu’ ini tidak pernah akan berakhir?
Ya Allah.
Kami
merintih merayu pada-Mu.
Dengarilah
rintihan hati kami.
kami lemah
ya Allah, maka kuatkanlah kami dalam redha-Mu.
kami hina
ya Allah, muliakanlah kami di sisi-Mu..
kami
miskin ya Allah, kayakanlah kami dalam redha-Mu.
ALAM SEGAR MEKAR
Tika langsir alam disingkap, damai pandangan menabiri pelipis mata. Bumi menghijau menyemarak gumbira lalu kaki bertatih melangkah dan hidupan napas ditarik panjang. Alam segar mekar menghidupkan jiwa yang kian kelumpuhan sepanjang melewati malam.
Langgan:
Catatan (Atom)