Ali bin Abi Talib berpesan: “Tenangkanlah hati
dalam waktu-waktu tertentu, kerana jika hati itu merasa letih ia akan
menjadi buta”. Kemudian Ibnu Munkadir berkata: “Bagiku nikmat dunia ini
hanya ada pada tiga perkara, qiamullail, silaturrahim dan solat
berjemaah”. Wahai insan yang beriman, renungkanlah dirimu agar kamu
mengetahui hakikat dirimu sendiri, dengan demikian kamu akan mengenali
Pencipta Yang Maha Agung.
Berilah penawar dalam jiwa agar ia tetap suci
dan tunduk pada Ilahi.
Dalam bersilaturahim itu, bersahabatlah dengan baik dan akrab kerana nilai persahabatan itu sangat tinggi.
Persahabatan sejati umpama kesihatan, nilainya baru kita sedari setelah kita kehilangannya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan