Jarang ingin melihat ke dalam kerana di dalam itu penuh
rahasia yang sukar diungkap dengan kata kecuali bagi mereka yang kasyaf
melihat sesuatu daripada makrifah yang tertonjol daripada kebersihan
jiwa. Ada yang sudah mendakwa di dalam
itu sudah tersepuh segala kesucian dan jiwa sudah melangkah melepasi
insanul kamil, sudah berbaris menuju jannnah, sudah mememeluk wahdatul
wujud dan selapis sedikit lagi merangkak ke wahdatul syuhud.
Aduhai jiwa yang masih berpaut kepada dunia, termengah-mengah seperti seekor anjing yang ingin memamah tulang yang sudah tertanggal dagingnya.