Khamis, 27 Oktober 2011



Dan sekiranya segala pohon yang ada di bumi menjadi pena dan segala lautan (menjadi tinta), dengan dibantu kepadanya tujuh lautan lagi sesudah itu, nescaya tidak akan habis ilmu-ilmu Allah itu ditulis. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana (Luqman: 27)

Meninggalkan harta untuk keluarga


" Sesungguhnya kamu meninggalkan keluargamu dalam keadaan berharta adalah lebih baik daripada kamu meninggalkan mereka dalam keadaan papa sehingga terpaksa meminta-minta (dan akan menyusahkan orang lain)." [H.R. Bukhari dan Muslim]

MENUNGGU MALAM YANG PENUH BARAKAH



"Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar. Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu? Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut). Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar!".

Surah Al-Qadr 97: Ayat 1-5

Seribu bulan bersamaan dengan 83 tahun 3 bulan bersamaan satu malam LAILATUL QADAR

Ya Rabbi - keampunan-Mu dipohon.



Wahai Rabbku, sesungguhnya aku telah menganiaya diriku sendiri dengan dosa dosa yang banyak, maka sesungguhnya tidak ada yang akan dapat mengampuni dosa – dosa itu kecuali Engkau, maka berikanlah aku maghfiroh dan rahmat dari sisi- Mu. Sesungguhnya Engkau Zat yang Maha Pengampun dan Maha Penyayang.
Amiin Yaa Rabb.

Rabu, 28 September 2011

MAAHADSAS JENGKA DALAM KENANGAN


Dua kali berkhidmat di sekolah ini menjadikan aku tertanya-tanya apakah ada peluang untuk kali seterusnya berkhidmat di situ.

Maahad As-Sultan Ahmad Shah, sekolah agama kerajaan Pahang yang dibangunkan di tapak seluas 70 ekar itu memberi banyak pengalaman suka duka sepanjang bertugas di situ pada 1977 - 1998  dan  pada  Mac  2008 -  Mac 2011.

Di dalam kehidupan, pengalaman itu adalah peta-peta kehidupan yang menginsafkan.

Khamis, 22 September 2011

MENUNTUT ILMU

Untuk menjadikan urusan kehidupan di atas dunia ini  mudah dan lancar sangat memerlukan kepada ilmu.  Pekerjaan menuntut ilmu mestilah menjadi agenda kehidupan sepanjang hayat.  Orang-orang yang tidak mahu kepada ilmu, maka kehidupannya tidak punya tujuan dan tidak punyai  nilai apa-apa.

ANAK - KAU PERLU TERUS BERJUANG





Anak.

Hentikan tangisanmu. Tegakkan mukamu. Buka matamu. Pandang jauh ke hadapan. Di sana ada kehidupan untukmu. Bangun dan berjalan ke arah itu. Sematkan di hatimu bahawa kamu mampu sampai ke sana walaupun halangan dan rintangan itu semacam mencabut nyawamu. Kamu mesti gagah untuk terus melangkah


Anak.
Di hadapanmu bermacam kerasukan duniawi yang memaksamu memilih antara yang hak dan batil.
Wahai anak,  jangan kau takut tempuhi hari depan.  Di hadapan sana pasti ada harapan.
Tabahkanlah dirimu  walau apa jua melintang