Rabu, 13 Ogos 2014

APABILA ALLAH MENGABULKAN DOAMU




Bukalah pintu hatimu seluas-luasnya untuk menghargai nikmat yang Allah curahkan kepadamu.  Bukalah pintu hatimu setiap kali Allah mengabulkan setiap doamu.  Hitunglah setiap nikmat yang diberikan-Nya dan hitung setiap celaka yang tertimpa kepadamu.  Dengan penuh insaf, akurlah bahawa alangkah istimewanya dirimu dihidupkan setiap masa di bawah curahan kasih sayang Allah.

Apabila Allah S.W.T cepat memakbulkan doamu, maka DIA menyayangimu.
Apabila Allah S.W.T lambat mengabulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu.
Apabila Allah S.W.T tidak memakbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yang lebih baik untukmu

Dalan setiap usahamu, berdoalah kepada Allah agar mudah-mudahan usaha itu diakhiri dengan kejayaan.  Berdoa dan teruslah berdoa dengan penuh harap.  Demikian Allah selalu menggalakkan hamba-Nya untuk terus berdoa dan berdoa.

Firman Allah:
“Apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah) sesungguhnya Aku dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi segala perintah-Ku dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku agar mereka selalu berada dalam kelurusan.” (Al-Baqarah: 186)

Berdoa dan terus berdoa ketika ka uterus-terusan mencurahkan keringat untuk memperoleh kejayaan.

“Berdoalah kalian kepada-Ku nescaya Aku akan mengabulkan permohonan kalian.” (Ghafir: 60)

Dalam usaha berdoa itu, teguhkan kenyakinanmu bahawa  Allah pasti mengabulkan doa itu.  Ibnu Athiah berkata, “Janganlah kerana terlambatnya pemberian Allah itu walaupun engkau telah berdoa bersungguh-sungguh menyebabkan engkau berputus asa. Ketahuilah, bahawa Allah telah menjamin untuk memperkenankan segala permintaanmu berdasarkan yang telah dipilihkan-Nya untuk engkau, bukan atas apa yang engkau pilih untuk dirimu, dan pada waktu yang sudah dikehendaki-Nya untuk engkau, bukan pada waktu yang engkau kehendaki.”  

Periksalah dirimu ketika doamu sukar untuk dikabulkan  Allah.  Carilah kelemahan dirimu sehingga doa itu  lambat dikabulkan.

Al-Imam Ibnu Qayyim Al-Jauziyyahmenjelaskan soal lambatnya doa dikabulkan Allah.  “Demikian pula doa. Doa merupakan sebab terkuat untuk menolak keburukan dan (sebab untuk) mendapatkan apa yang diinginkan. Akan tetapi terkadang pengaruhnya luput untuk diperoleh. Ini karena lemahnya doa tersebut di mana keberadaan doa itu tidak dicintai oleh Allah   disebabkan di dalamnya mengandung permusuhan. Ini juga teradi karena lemahnya hati orang yang berdoa dan ia tidak menghadapkan diri sepenuhnya kepada Allah  , juga tidak memperhatikan waktu berdoa (yang mustajab). Jadilah doa tersebut seperti busur yang sangat lemah, karena anak panah yang keluar darinya meleset dengan lemah. Selain itu,  doa tersebut tidak dikabulkan karena ada perkara-perkara yang menghalanginya seperti memakan daripada harta  yang haram, adanya  kezaliman, hati yang penuh titik hitam karena dosa, kelalaian dan syahwat yang mendominasi.” (Ad-Da`u wad Dawa`, hal. 9)
Kukuhkan ikatan hatimu kepada Allah.  Dikala kau berasa jauh dengan Allah, ingatilah  Allah dengan bersungguh-sungguh hati.

“Ingatlah kalian (berdzikirlah) kepada-Ku maka Aku pun akan mengingat kalian.” (Al-Baqarah: 152)

Pada suatu hari seorang lelaki datang bertemu dengan sahabat Nabi s.a.w yang bernama Ibnu Mas'ud r.a untuk meminta nasihat.

Katanya, "Wahai Ibnu Mas'ud, berilah nasihat yang dapat kujadikan ubat bagi jiwaku yang sedang gelisah. Dalam beberapa hari ini, akau berasa tidak tenteram, jiwaku gelisah dan fikiranku kusut; aku tidak berselera makan dan tidak nyenyak tidur."

Maka Ibnu Mas'ud menasihatinya, " Kalau penyakit itu yang menimpamu, maka bawalah hatimu ke tiga tempat; ke tempat orang yang membaca Al-Quran, engkau baca Al-Quran atau engkau dengar baik-baik orang yang membacanya. Engkau juga boleh pergi ke majlis-majlis ilmu yang mengingatkan hati kepada Allah, atau engkau cari masa serta tempat yang sunyi dan engkau berkhalwat menyembah Allah. Contohnya seperti di tengah malam, pada saat orang sedang lain nyenyak tidur lalu  engkau bangun mengerjakan solat malam, memohon kepada Allah ketenangan jiwa, ketenteraman fikiran dan kemurniaan hati. Seandainya jiwamu tidak terubat denga cara ini, engkau minta kepada Allah agar diberi-Nya hati yang lain, sebab hati yang kamu pakai itu, bukan lagi hatimu."

Setelah pulangke rumah, sahabat itu mengamalkan nasihat yang diberikan. Dia mengambil wuduk dan membaca al-Quran dengan khusyuk. Selepas itu, dia merasai jiwanya aman dan tenteram, fikirannya tenang dan kegelisahannya hilang.

Saudaraku,

Penuhilah piala hatimu dengan kesyukuran setiap kali doamu dikabulkan Allah.

“ Wahai jiwa yang tenang . Kembalilah kepada Tuhanmu dengan rasa puas, dengan segala nikmat yang diberikan, lagi diredhai-Nya. Masuklah ke dalam jemaah hamba-hamba-Ku. Masuklah ke syurga-Ku.”  (Al-Fajr: 30)

Khamis, 7 Ogos 2014

Waris

Tiba-tiba mendapat panggilan daripada seseorang. Orang jauh dari KL. " Tuan, saya hendak merujuk kepada Tuan akan kitab salasilah keturunan yang ada pada saya. Saya fikir tuan adalah orang yang paling sesuai dan tahu. Saya yakin salasilah keturunan yang ada pada saya ini dapat tuan huraikan kekerabatannya. Saya ingin sangat mengenali sekelian saudara mara saya di Raub. Saya fikir saya hendak berjumpa tuan jumaat depan di Raub."

Aku berasa dihargai seperti seorang Pendita. Seorang Pendita besar yang mulus kata-katanya. Tapi kemudian, rasa kekaguman akan diri sendiri itu bertukar kepada cemas. Kenapa aku bukan yang lain untuk dirujuk.

Isnin, 2 Disember 2013


MUHASABAH DIRI

Usahlah lupa diri wahai diriku yang kerdil. Usah angkuh dan sombong wahai diriku yang lemah. Usah binasakan dirimu wahai diriku untuk kehidupan akhirat dengan berharap kepada makhluk selemahmu. Jasadmu adalah sangkar ruh. Jagalah kesihatannya dan jagalah hak-haknya. Jiwamu akan diangkat menghadap Ilahi apabila tiba waktunya. Bersedialah untuk urusan itu.

Ingat selalu akan Luqman Al- Hakim pernah berpesan kepada anaknya :

Sepanjang hidupku, aku hanya memilih lapan kalimah daripada pusaka para nabi untuk dijadikan pegangan hidup, iaitu :

Apabila engkau solat, jagalah baik-baik fikiranmu

Apabila engkau bertandang ke rumah orang lain, jagalah baik-baik pandangan matamu

Apabila engkau di majlis, jagalah lidahmu

Ingatlah kepada Allah SWT sepanjang masa

Ingatlah akan mati, iaitu bersedia hadapi maut

Lupakan budi baikmu terhadap orang lain

Lupakan semua kesalahan orang lain terhadapmu

Isnin, 22 Julai 2013

PULANG KE PANGKUANMU

Cuba kubayangkan keadaan ibu setibaku ke rumah nanti. Tentu ibu sedang menunggu sambil mengayam ketupat daun palas atau sedang membakar lemang atau sedang merendang daging di dapur dan kulihat wajahnya gembira menyambut kepulangan anak cucunya.

“ Balik kampung,” bisik hatiku girang. Hari raya ini ingin kupersembah kepada ibu sebuah kasih yang tiada sempadan. Lalu kutelefon ibu. Ibu menjawab spontan.

Ketibaanku bersama-sama isteri dan anak-anak sesarat kereta tepat waktunya dan tidak lupa ole-ole biskut dan kuih Raya kurangkum bersama-sama.

Ketika keretaku berhenti di halaman rumah, Kulihat ibu menekuni pembacaan al-Quran di beranda dan ketika anak-anakku keluar dari kereta, dia menjengah muka. Ingin pastikan anak siapa yang datang bertandang. Sekuntum senyum terlukis lalu dia bingkas bangun, menyimpan nashkah al-Quran di atas almari dan berjalan laju menuju ke keretaku.

Ibu memelukku sesantunnya dan aku terasa kehangatan air mata ibu. Ternyata dia amat rindu kepada sekujur tubuhku lalu Ibu bertanya” Along dan Atam tidak pulang tahun ini? “

Naluriku tersentuh. Itulah ingatan ibu saban tahun kepada mereka dan adakah pertanyaan itu akan terlontar menuju kepadaku jika Along dan Atam pulang dahulu. Cemburu membenih di hatiku membuahkan keinsafan. Aku bukan anak yang berjaya seperti along dan atam. Aku cuma peniaga kecil bekerja sendiri.

‘Mereka akan menyusul nanti,” kataku terkilan bernada sebak dan sebenarnya aku tiada pilihan lain selain untuk menghiburkan hati ibu. Sengaja kukata begitu walaupun Along dan Atam tidak menyambut panggilan telefonku sejak minggu lalu.

Ibu angguk kepala.
" Ibu seronok jika mereka pulang beraya bersama-sama. Ibu bukan nak duit puit mereka. Ibu hendakkan keikhlasan daripada belahan hati yang luhur... .Seronok menengok anak-anak mereka yang kian membesar melompat berlari, seronok mendengar kepetahan anak mereka bercerita dan masakan Maria isteri Along sangat menguja selera ibu.”

Aku tunduk lesu. Ada air jernih mengalir dari kolam mataku. Apakah isteriku Melisa tidak seenak masakannya pada lidah selera ibu?
Namun aku akur. Ibu memang begitu. Bahasanya tidak pernah berlapik selembut salju terhadap anak-anaknya. Dia menutur kata dari keikhlasan hatinya.
“ Eh naiklah ke rumah. Apa pasal tercegat dekat kereta ni,” pelawa ibu sambil menarik tangan Sarina, anak keduaku.
Terima kasih ibu kerana masih menghargai anak-anakku

Isnin, 13 Mei 2013



Melihat ke Dalam

 
Jarang ingin melihat ke dalam kerana di dalam itu penuh rahasia yang sukar diungkap dengan kata kecuali bagi mereka yang kasyaf melihat sesuatu daripada makrifah yang tertonjol daripada kebersihan jiwa. Ada yang sudah mendakwa di dalam itu sudah tersepuh segala kesucian dan jiwa sudah melangkah melepasi insanul kamil, sudah berbaris menuju jannnah, sudah mememeluk wahdatul wujud dan selapis sedikit lagi merangkak ke wahdatul syuhud. 

Aduhai jiwa yang masih berpaut kepada dunia, termengah-mengah seperti seekor anjing yang ingin memamah tulang yang sudah tertanggal dagingnya.
SEORANG IBU BUKAN SEBARANG IBU









 



Dia menjadi wanita istimewa sang putera dan sang puteri. maka bagaimana hendak dirungkai kasih seorang putera kepada si ibu sedangkan dengan syair si ibu membaluti sekelian sejarah kehidupannya. Dan Sang Puteri tidak mampu menggerakkan langkahnya meninggalkan si ibu lantaran cucuran kasih sang ibu itu mengalir dalam darah dan nafasnya.

Damailah engkau Sang Ibu dalam pelukan kasih Allah, dukungan kasih putera dan puteri menebar doa mengitari hdup yang masih ada. Demikian si anak menghayati satu ajaran daripada beberapa ajaran yang diterima di dunia ini.

“Dan rendahkanlah dirimu kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah: Wahai Tuhanku! Kasihanilah mereka berdua sebagaimana mereka telah memelihara dan mendidikku semasa kecil.”
(Sural al-Israa’:24)
Ramai yang menegur. Ramai yang ditegur. Sahabat yang menegur mengekang lena mengulit lalu tegak berdiri di atas garis kesedaran lalu beristighfar memohon keampunan. Teguran itu menyentuh jauh ke lurah rasa empunyai hati yang masih bersinar cahaya (kebenaran).