"Dan
bumi yang Kami hamparkan dan kami pacakkan di atasnya gunung-gunung
yang kukuh, dan Kami tumbuhkan di atasnya tanam-tanaman yang indah."
(Qaaf 50:7)
SEBUAH BLOG MEMAPARKAH KERENAH KEHIDUPAN DAN KESINISAN ALAM DENGAN SEGALA ISINYA.
Rabu, 24 Oktober 2012
Jumaat, 6 April 2012
AKU DAN ANAK-ANAK MURIDKU
Terasa hati amat gumbira menerima kunjungan murid-muridku. Sudah besar mereka dan sudah pun punya kerjaya dan berkeluarga. Demikian ingatnya aku kepada mereka dan demikian di hati mereka akan ingat kepadaku.
ALI SHARI'ATI BIN HASANUDDIN
Seperti anak-anak lain, aku menyantuninya dengan kasih sayang. Ali Shari'ati yang kukenali punya semangat tinggi dalam acara yang disertainya dan punya kekentalan jiwa menghadapi cabaran.
MENGAJAR DI SMK ALOR AKAR 1986-87
Tidak menyangka dengan terlibat sebagai guru sementara di Sekolah Menengah Kebangsaan Alor akar , Kuantan sekitar 1986 - 1987, menjadi hati tertarik meneruskan tugas keguruan sehingga kini.
ANAK DAN ISTERI
Memanglah terasa bahagia duduk kesmpingan anak dan isteri. Kehidupan berkeluarga menuntut pengorbanan jiwa raga demi menjayakan impian kebahagiaan.
PEKAN - BANDAR DIRAJA PAHANG
Saban kali sampai ke bandar Pekan, bandar Diraja. Hati selalu diharu kenangan lalu. akan kapal yang belayar di muara dan sejarah Hang Tuah membawa Tun Teja ke Melaka.
Ahad, 19 Februari 2012
Sejarah Awal Kampung Tersan, Raub - sebuah info
Kampung Tersan terletak dalam daerah Raub. Kampung ini antara kampung terawal diteroka. Orang yang mula mula membuka Kampung Tersan ialah seorang ulama Islam bernama Tok Mat Amin.
Salasilah lengkap beliau ialah Tok Mat Amin bin Tok Malek bin Tok Mohamad Salleh bin Tok Ngah Endik bin Tok Muhamad Ali Jaffar Sidek (Tok Deyong) bin Raja Muhamad (Baginda Demu – Tok Keramat Padang Asam, Perak) anak Seri Dewi binti Hang Tuah.
Tok Mat Amin dan anak buahnya menyusur mudik Sg. Lipis dari Kampung Pagar, Penjom, Kuala Lipis, Pahang. Berhenti disuatu tanah pamah sebelah kiri mudik yang penuh ditumbuhi oleh perdu perdu buluh aur, lalu membuka kampung halaman di situ. Terus tempat itu dinamakan Kampung Tanjung Aur. Ke daratan Sg. Lipis yang ditumbuhi buluh aur itu didapati pamah dan lembah, amat sesuai dijadikan sawah / paya padi. Lalu Tok Mat Amin mengajak anak buahnya menebas-nebang kawasan itu untuk dijadikan sawah/paya padi. Terdapat tanah masin yg di gelar jenud tempat binatang datang menjilat di situ. Tanah masin itu boleh menyuburkan semua jenis tanaman termasuk padi. Ke darat lagi terdapat dua alur air yang kemudiannya dinamakan Sg.Buluh dan Sg Ketiar, lalu kedua dua alur itu disatukan menjadi parit besar ala terusan terus ke Sg. Lipis. Terusan itulah yg membekalkan air ke sawah padi mereka. Sempena terusan itulah wujudnya sebuah lagi kampung bernama Kampung Tersan. Itulah kampung saya.
Bagi menjaga kepentingan dan kebajikan kampung Tok Mat Amin dilantik sebagai Penghulu sekaligus menjadi Imam dan Pawang. Beliau menjalankan tugas dan atanggungjawab urusan keagamaan setempat dengan persetujuan Bendahara Pahang. Apabila beliau meninggal jenazahnya di semadikan di atas bukit Kampung Tersang lalu dinamakan Makam Keramat Bukit Tersan.
Langgan:
Catatan (Atom)


