Ahad, 12 Februari 2012

BANJIR BESAR DI PAHANG 1971

                                     
(Gambar : Air Sungai Lepeh yang hampir menenggelami jambatan  di Pekan Benta, Kuala Lipis pada Januari 1971)

Sekitar November 1970,  hujan turun  berterusan dan pada pertengahan Disember 1970, hujan semakin kerap turun dan mulai lebat.  Sekitar Januari 1971, aliran sungai Lepeh membuak melimpahi tebing dan perkampungan di tebing sungai ditenggelami banjir.  Berpindahlah mangsa banjir ke bukit-bukit  mencari perlindungan sementara menanti hujan sereyat dan air Sungai Lepeh kembali surut.

LEMBAHAN LEBU

Ketika melintasi pinggiran Lembahan Lebu, terusik hati melihat jajaran pepohonan yang kukuh tertanam di Lembahan Lebu.  Di sana-sini daunan menghilau beriak-riak disapa bayu.  Lembahan Lebu dalam ingatan dan menggamit rasa untuk ke situ selalu.

DI MAKAM BONDA

Tidak ada rasa jemu menziarahi makam bonda.  Terasa kasih bonda kukuh tertancap di lubuk hati kekal abadi.  Dengan iringan doa ke hadrat Ilahi mudah-mudahan bonda diberi rahmat di alam sana, diberi keampunan segala dosa dan  moga-moga bonda dikurniai Syurga Firdaus, kekal di sana selama-lamanya.

Selasa, 15 November 2011

RUMAH AGAM



Rumah agam tersergam menambat hati untuk mengeledah di setiap ceruk dan tingkat.  Apabila hati berbisik-bisik  begitu, rumah agam dipasak tiangnya satu demi satu di lubuk hati.

JETI PULAU TIOMAN


Setiap musim angin berhembus, kapal datang dan pergi dan yang menunggu bakal membayangkan kegumbiraan di tempat baru.

Ahad, 13 November 2011

ALAM YANG MENDAMAIKAN


Taman Gelora
Sekali sekala ke sana untuk menghirup kesegaran bayu dari  Laut China Selatan, sempat juga mencicah kemasinan air yang jernih.  Anak-anak ikan berenangan tampak putih memutih. Pepohon Ru  menampan panas mentari bagai seorang ibu memayungi anak kecilnya.

Teratak


Siapakah yang tidak ingin mendiami sebuat teratak yang selesa untuk berlunjur, yang indah dipandang di hujung mata dan damai di lubuk hati.