SEBUAH BLOG MEMAPARKAH KERENAH KEHIDUPAN DAN KESINISAN ALAM DENGAN SEGALA ISINYA.
Ahad, 19 Februari 2012
Sejarah Awal Kampung Tersan, Raub - sebuah info
Ahad, 12 Februari 2012
MENERIMA KUNUNGAN ANAK CUCUKU
(Gambar: menerima kunjungan Anakanda Hajjah Aminah binti Jaafar sekeluarga di pagi syawal 1432H)
Pagi syawal saban tahun, anak cucuku datang berziarah. Aku rasa gumbira menerima kehadiran. Sang cucu penghibur rasa senantiasa mengukir senyum setiap kali bersalaman.
Pagi syawal saban tahun, anak cucuku datang berziarah. Aku rasa gumbira menerima kehadiran. Sang cucu penghibur rasa senantiasa mengukir senyum setiap kali bersalaman.
BANJIR BESAR DI PAHANG 1971
(Gambar : Air Sungai Lepeh yang hampir menenggelami jambatan di Pekan Benta, Kuala Lipis pada Januari 1971)
Sekitar November 1970, hujan turun berterusan dan pada pertengahan Disember 1970, hujan semakin kerap turun dan mulai lebat. Sekitar Januari 1971, aliran sungai Lepeh membuak melimpahi tebing dan perkampungan di tebing sungai ditenggelami banjir. Berpindahlah mangsa banjir ke bukit-bukit mencari perlindungan sementara menanti hujan sereyat dan air Sungai Lepeh kembali surut.
LEMBAHAN LEBU
Ketika melintasi pinggiran Lembahan Lebu, terusik hati melihat jajaran pepohonan yang kukuh tertanam di Lembahan Lebu. Di sana-sini daunan menghilau beriak-riak disapa bayu. Lembahan Lebu dalam ingatan dan menggamit rasa untuk ke situ selalu.
DI MAKAM BONDA
Tidak ada rasa jemu menziarahi makam bonda. Terasa kasih bonda kukuh tertancap di lubuk hati kekal abadi. Dengan iringan doa ke hadrat Ilahi mudah-mudahan bonda diberi rahmat di alam sana, diberi keampunan segala dosa dan moga-moga bonda dikurniai Syurga Firdaus, kekal di sana selama-lamanya.
Langgan:
Catatan (Atom)