Rabu, 28 September 2011

MAAHADSAS JENGKA DALAM KENANGAN


Dua kali berkhidmat di sekolah ini menjadikan aku tertanya-tanya apakah ada peluang untuk kali seterusnya berkhidmat di situ.

Maahad As-Sultan Ahmad Shah, sekolah agama kerajaan Pahang yang dibangunkan di tapak seluas 70 ekar itu memberi banyak pengalaman suka duka sepanjang bertugas di situ pada 1977 - 1998  dan  pada  Mac  2008 -  Mac 2011.

Di dalam kehidupan, pengalaman itu adalah peta-peta kehidupan yang menginsafkan.

Khamis, 22 September 2011

MENUNTUT ILMU

Untuk menjadikan urusan kehidupan di atas dunia ini  mudah dan lancar sangat memerlukan kepada ilmu.  Pekerjaan menuntut ilmu mestilah menjadi agenda kehidupan sepanjang hayat.  Orang-orang yang tidak mahu kepada ilmu, maka kehidupannya tidak punya tujuan dan tidak punyai  nilai apa-apa.

ANAK - KAU PERLU TERUS BERJUANG





Anak.

Hentikan tangisanmu. Tegakkan mukamu. Buka matamu. Pandang jauh ke hadapan. Di sana ada kehidupan untukmu. Bangun dan berjalan ke arah itu. Sematkan di hatimu bahawa kamu mampu sampai ke sana walaupun halangan dan rintangan itu semacam mencabut nyawamu. Kamu mesti gagah untuk terus melangkah


Anak.
Di hadapanmu bermacam kerasukan duniawi yang memaksamu memilih antara yang hak dan batil.
Wahai anak,  jangan kau takut tempuhi hari depan.  Di hadapan sana pasti ada harapan.
Tabahkanlah dirimu  walau apa jua melintang

RAKIT



Kenderaan air yang dicipta dari buluh ini  digunakan oleh penduduk tepian sungai.  Satu ketika dahulu, kenderaan  ini sangat berguna .  Rakit digunakan di sungai  selain perahu untuk mengangkut hasil mashul.  Selain itu, rakit digunakan sebagai rajang untuk membawa seseorang melintasi sungai.

Rabu, 21 September 2011

BARANG HANTARAN PERTUNANGAN

Demi untuk menautkan kasih-sayang yang mula berputik, hadiah semahalnya dihantar untuk si gadis.  Betapa hati gadis terhibur akan pemberian, demikian hati teruna penuh ikhlas menagih kasih.  Barang hantaran sebagai lambang keikhlasan untuk menzahirkan percintaan.  Demikian alam kehidupan melangkah ke fasa ke-2 berumahtangga memang menuntut persefahaman dan kasih-sayang.

MENDIDIK ANAK-ANAK SOLAT



Bukan mudah untuk membiasakan anak-anak untuk menunaikan solat.  Semuanya bermula di rumah di bawah jagaan ayahanda bonda.  Jika di peringkat awal perkara ini tidak dititikberatkan, maka pengabaian itu menjadi satu tabiat melengah-lengahkan suruhan wajib itu.

Apabila anak-anak dihantar ke asrama, bukanlah selesai sudah tanggungjawab ibu bapa dalam hal mendidik anak-anak mereka bersolat.

Isnin, 19 September 2011

PUNCAK BANJARAN TITIWANGSA


Alam gunung-ganang cuma membentang kehijauan alam dan putih kebiruan langit.  Warna- warna yang saling bertentangan  begitu mesra menghiasi pandangan mata.  Hutan yang menghijau  mendamaikan hati yang sedang duka  dan langit yang  putih  membiru melembutkan hati yang mengeras kaku.

Demikian kejadian Allah atas alam ciptaannya.  Disusun segala warna untuk manusia menghayati  keindahan yang tidak ternilai nikmatnya.

KESEPIAN MALAM



Malam hitam likat membeku gerak, menggerak dengar.  Setitip cahaya amat bermakna mencerahkan fikir untuk melakukan ikhtiar.  Malam yang panjang tanpa purnama yang mengambang melesukan fikir kecuali kepada mereka yang punya hati yang dapat melihat jauh menembusi warna alam.

EMBUN YANG MENITIS ITU

Pagi masih dingin dan embun masih mengirai diri.  Sejuk membalut rasa tubuh, mencengkam jauh ke sum-sum.  Titisan embun memaut setiap ruang seperti  juga kedinginan memaut rasa ke serata tubuh.  Ketika mentari membuka mata, embun mula menghindar setitis demi setitis.  Yang tinggal tidak akan bertahan dan demikian berulang ganti peristiwa itu sehari demi sehari.